Isnin, 31 Oktober 2011

SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN SOSIAL DAN ALAM SEKITAR.(SAINS).(minggu 1-6)

Sukatan pelajaran tahunan sosial Alam sekitar mempunyai tajuk-tajuk yang mudah telah disesuaikan dengan tahap murid-murid istimewa pembelajaran.  Tajuk yang perlu diajar iaitu dimulai dengan tajuk Hubungan manusia dengan alam sekitar dan dipcahkan kepada beberapa tajuk kecil pula iaitu tentang manusia berkaitan dengan diri sendiri,  rakan sekelas,  ahli keluarga,  masyarakat,  benda-benda disekeliling murid dan persekitaran murid.  Didalam tajuk ini objektifnya hanya satu  iaitu murid dapat mengenal dan menamakan benda di sekeliling murid sahaja.  Tajuk-tajuk kecil telah dibahagikan mengikut minggu. Tajuk-tajuk tersebut telah dirancang selama 6 minggu tetapi kebanyakkan tajuk-tajuk tersebut tidak dapat mengikut yang dirancangkan dan mengambil lebih daripada 6 minggu ini terjadi kerana murid-murid istimewa ini mengambil masa untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dirancangkan oleh guru.  Sukatan pelajaran yang selebihnya akan saya isikan kemudian...

Khamis, 6 Oktober 2011

PEPERIKSAAN PKSR 4 (AKHIR TAHUN)

Peperiksaan akhir tahun pada 17hb bulan 10.. Banyak soalan yang harus aku sediakan. Apala yang aku akan beri soalan pada murid-muridku.  Aku harus sediakan 3 tahap .  Walau bagaimanapun aku harap mereka dapat memahami apa yang telah aku ajar pada mereka..

Isnin, 3 Oktober 2011

STESEN SOSIAL ALAM SEKITAR ( SAS)-ATAUPUN SAINS

Untuk Mata Pelajaran Sains atau dikenali dengan nama Sosial Alam Sekitar, telah disediakan satu kelas khas untuk mata pelajaran ini.  Bilik khas ini disediakan pada Program Pendidikan Khas Yang mempunyai bilangan kelas yang banyak dan kawasan yang besar.  Apabila Sistem stesen ini diadakan  ini bermakna  hanya murid-murid sahaja yang bergerak dan guru hanya menunggu di dalam stesen tersebut.  Didalam stesen tersebut di lengkapi dengan kemudahan ABM dan BBM untuk memudahkan P&P.  Dibawah ini dilampirkan gambar-gambar Stesen Sosial Alam Sekitar ataupun Sains.