SUBJEK SAINS YANG DIAPLIKASIKAN PADA MURID P.KHAS
Ahad, 27 November 2011
Isnin, 31 Oktober 2011
SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN SOSIAL DAN ALAM SEKITAR.(SAINS).(minggu 1-6)
Sukatan pelajaran tahunan sosial Alam sekitar mempunyai tajuk-tajuk yang mudah telah disesuaikan dengan tahap murid-murid istimewa pembelajaran. Tajuk yang perlu diajar iaitu dimulai dengan tajuk Hubungan manusia dengan alam sekitar dan dipcahkan kepada beberapa tajuk kecil pula iaitu tentang manusia berkaitan dengan diri sendiri, rakan sekelas, ahli keluarga, masyarakat, benda-benda disekeliling murid dan persekitaran murid. Didalam tajuk ini objektifnya hanya satu iaitu murid dapat mengenal dan menamakan benda di sekeliling murid sahaja. Tajuk-tajuk kecil telah dibahagikan mengikut minggu. Tajuk-tajuk tersebut telah dirancang selama 6 minggu tetapi kebanyakkan tajuk-tajuk tersebut tidak dapat mengikut yang dirancangkan dan mengambil lebih daripada 6 minggu ini terjadi kerana murid-murid istimewa ini mengambil masa untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dirancangkan oleh guru. Sukatan pelajaran yang selebihnya akan saya isikan kemudian...
Khamis, 6 Oktober 2011
PEPERIKSAAN PKSR 4 (AKHIR TAHUN)
Peperiksaan akhir tahun pada 17hb bulan 10.. Banyak soalan yang harus aku sediakan. Apala yang aku akan beri soalan pada murid-muridku. Aku harus sediakan 3 tahap . Walau bagaimanapun aku harap mereka dapat memahami apa yang telah aku ajar pada mereka..
Isnin, 3 Oktober 2011
STESEN SOSIAL ALAM SEKITAR ( SAS)-ATAUPUN SAINS
Untuk Mata Pelajaran Sains atau dikenali dengan nama Sosial Alam Sekitar, telah disediakan satu kelas khas untuk mata pelajaran ini. Bilik khas ini disediakan pada Program Pendidikan Khas Yang mempunyai bilangan kelas yang banyak dan kawasan yang besar. Apabila Sistem stesen ini diadakan ini bermakna hanya murid-murid sahaja yang bergerak dan guru hanya menunggu di dalam stesen tersebut. Didalam stesen tersebut di lengkapi dengan kemudahan ABM dan BBM untuk memudahkan P&P. Dibawah ini dilampirkan gambar-gambar Stesen Sosial Alam Sekitar ataupun Sains.
Selasa, 27 September 2011
Sabtu, 24 September 2011
Langgan:
Catatan (Atom)